PILIHAN PROGRAM PENGAJIAN
Bilangan Pilihan Program Pengajian Setiap pemohon dibenarkan membuat lapan (8) pilihan program pengajian dari mana-mana program pengajian yang disenaraikan oleh IPTA dalam laman web ini mengikut keutamaan pemohon.
Pilihan Bidang Pengajian- Pemohon daripada Aliran Sains yang tidak mendapat sebarang kepujian dalam mata pelajaran Fizik, Kimia dan Biologi dalam peperiksaan STPM/Setaraf dibenarkan memohon program dalam bidang Sastera.
- Pemohon daripada Aliran Sains boleh memohon mana-mana program di Universiti Teknologi MARA (UiTM) dan Program Matrikulasi Undang-Undang di Universiti Islam Antarabangsa
Malaysia
(UIAM).
- Program Pengajian Bertemu Duga
- Pemohon yang memilih program pengajian bertemu duga di WAJIBKAN mengemukakan permohonan menggunakan kaedah Aplikasi Dalam Talian melalui Laman Web rasmi http://www.mohe.gov.my.
- Pemohon dinasihatkan memilih program pengajian bertemu duga antara Pilihan 1 hingga 4 sahaja. Sila rujuk prosedur permohonan melalui Aplikasi Dalam Talian sebelum mengemukakan permohonan anda.
KAEDAH MENGEMUKAKAN PERMOHONAN
Pemohon dibenarkan membuat permohonan melalui salah satu daripada kaedah berikut :
- Borang Permohonan
Pemohon-pemohon hendaklah mengemukakan borang permohonan kemasukan ke BPKP JP IPT sama ada melalui Pos atau penyerahan terus di kaunter BPKP. - Permohonan Melalui Aplikasi Dalam Talian (On-Line Application)
Semua Kategori Permohonan dibenarkan membuat permohonan melalui Aplikasi Dalam Talian. Alamat URL bagi permohonan tersebut ialah http://www.mohe.gov.my. Kaedah permohonan melalui Aplikasi Dalam Talian boleh dirujuk dalam e-Panduan à Aplikasi Dalam Talian.
CARA MEMBUAT BAYARAN WANG PROSES DAN PENGHANTARAN BORANG PERMOHONAN
- Setiap permohonan dikenakan bayaran wang proses sebanyak RM10.00 untuk pembelian Unik ID. Wang proses ini hendaklah dibayar di mana-mana cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN). BSN akan mengenakan bayaran sebanyak RM0.60 sebagai kos perkhidmatan. Jumlah bayaran RM10.60.
- Pemohon akan menerima dua salinan resit bayaran dari BSN seperti berikut :
- SALINAN PEMOHON
Salinan ini adalah untuk simpanan pemohon yang mengandungi maklumat No. Kad Pengenalan/MyKad, Unik ID dan Kategori Permohonan.
- SALINAN PEMOHON
BILANGAN PERMOHONAN DIPROSES
Hanya satu (1) permohonan terkini sahaja yang akan diproses.
TARIKH TUTUP PERMOHONAN
(i) Kategori APermohonan Kategori A ialah sepuluh (10) hari bekerja selepas keputusan peperiksaan STPM 2007 diumumkan.
(ii) Kategori B, C dan D
Pemohon Kategori B, C dan D adalah melalui Aplikasi Dalam Talian ialah pada Mac 2008
PERMOHONAN YANG TIDAK DIPERTIMBANGKAN
Permohonan berikut tidak akan dipertimbangkan:
- Tidak memenuhi syarat-syarat permohonan;
- Pemalsuan dokumen atau maklumat;
- Tidak lengkap; dan
- Permohonan yang sampai lewat
PEMBATALAN TAWARAN
- IPTA berhak membatalkan tawaran sekiranya didapati pemohon mengemukakan maklumat atau dokumen yang palsu semasa membuat permohonan/pendaftaran.
- Pemohon yang berjaya dan ditawarkan tempat untuk mengikuti program ini tetapi tidak memberi jawapan penerimaan dalam tempoh yang ditetapkan dengan sendirinya tawaran tersebut dibatalkan.
SALURAN HEBAHAN MAKLUMAT
i. UPUinfoLINE - 600-83-7890
ii. TELE-UPU Celcom - 600-85-2200
iii. INTERNET - http://www.mohe.gov.my
- http://www.jpt.uum.edu.my
- http://jpt.utm.my
iv. SMS - 32300
PERTANYAAN MENGENAI PERMOHONAN
Sebarang pertanyaan mengenai permohonan ke Program Pengajian Lepasan STPM/Setaraf Sesi Akademik 2008/2009 hendaklah dialamatkan kepada :
KETUA PENGARAH
JABATAN PENGURUSAN IPT
KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI MALAYSIA
ARAS 1, BLOK E9, PARCEL E, PRESINT 1
PUSAT PENTADBIRAN KERAJAAN PERSEKUTUAN
62505 PUTRAJAYA
(U.P.: PENGARAH BPKP)
Telefon : 03-8883 5801/5802
Hotline : 03-8883 5858
Faks : 03-8889 4260
E-mel : upu@mohe.gov.my