Institusi yang menawarkan program pengajian :
IPTA yang terlibat dalam penyelarasan permohonan ke Program Pengajian Lepasan STPM/Setaraf Sesi Akademik 2008/2009 adalah seperti berikut :-
- Universiti Malaya (UM);
- Universiti Putra
Malaysia
(UPM); - Universiti Teknologi
Malaysia
(UTM); - Universiti Islam Antarabangsa
Malaysia
(UIAM); - Universiti Teknologi MARA (UiTM);
- Universiti Sains Islam
Malaysia
(USIM); - Universiti
Malaysia
Terengganu (UMT); - Universiti Tun Hussein Onn
Malaysia
(UTHM); - Universiti Teknikal
Malaysia
Melaka (UTeMM); - Universiti
Malaysia
Perlis (UNIMAP); - Universiti
Malaysia
Pahang (UMP); - Universiti Darul Iman Malaysia (UDM); dan
- Universiti Pertahanan Nasional
Malaysia
(UPNM)
SYARAT-SYARAT PERMOHONAN
1. Syarat Am
Pemohon bagi Program Pengajian Lepasan STPM/Setaraf hendaklah memenuhi syarat-syarat berikut :
o Warganegara Malaysia
o Memiliki kelayakan STPM/Setaraf dengan mendapat sekurang-kurangnya lima
2. Syarat Khas
Pemohon hendaklah memenuhi syarat-syarat minimum bagi setiap program pengajian yang dipohon.
3. Program berikut adalah dikhaskan untuk Bumiputera sahaja:
o Semua program Asasi di UIAM;
o Semua program Asasi Sains di UM; dan
o Semua program pengajian di UiTM;
4. Program-program berikut terbuka kepada pemohon Bumiputera dan Bukan Bumiputera:
o Semua program pengajian Diploma di UPM, UTM, KUiTTHO, KUSTEM, KUTKM, KUKTEM, KUKUM dan UDM
o Semua Program Asasi Pengajian Islam di UM;
o Semua program Tamhidi di KUIM; dan
o Semua program Asasi di UPNM
Kriteria Pemilihan
Di antara kriteria yang dipertimbangkan dalam pemilihan seseorang pemohon ialah :
- Pencapaian akademik dalam peperiksaan STPM/Setaraf;
- Pencapaian dalam aktiviti kokurikulum;
- Kombinasi mata pelajaran yang dimiliki bersesuaian dengan program dipohon;
- Gred mata pelajaran untuk tujuan pengkhususan;
- Lulus temu duga/ujian kelayakan yang ditetapkan oleh IPTA bagi program dipohon;
- Program pengajian pilihan pemohon mengikut keutamaan; dan
- Bilangan tempat yang disediakan oleh IPTA
TAKRIF BUMIPUTERA
Takrif Bumiputera yang diguna pakai bagi urusan pemprosesan dan pemilihan kemasukan ke IPTA adalah berdasarkan Perlembagaan Persekutuan. Takrif Bumiputera adalah seperti berikut :
- Semenanjung
Jika salah seorang ibu atau bapa calon adalah seorang Melayu yang beragama Islam/Orang Asli seperti mana yang ditakrifkan dalam Perkara 160 (2) Perlembagaan Persekutuan ; maka anaknya adalah dianggap seorang Bumiputera.
Sabah
Jika bapa calon adalah seorang Melayu yang beragama Islam/Peribumi Sabah
Sarawak
Jika bapa dan ibu calon adalah seorang Peribumi Sarawak