Google

Malaysia Local University Application

This site provide guidelines for students applying for entry to public universities for the 2008/9 academic session. Please note that informations on this site is not 100% accurate and the informations is predicted based on 2007 events.

NOTE:WHAT YOU SEE OR READ IN THIS SITE ONLY A GUIDE AND IT IS NOT 100% ACCURATE.


Permohonan kemasukan ke IPTA bagi Program Pengajian Lepasan STPM/Setaraf dilaksanakan
melalui dua (2) kaedah iaitu seperti di bawah :-

1.

Aplikasi Dalam Talian (Online Application)


  • Pemohon Kategori B, C dan D diwajibkan mengemukakan permohonan kemasukan ke IPTA melalui Aplikasi Dalam Talian.


  • Pemohon Kategori A yang berminat untuk mengikuti program pengajian di IPTA yang BERTEMU DUGA, DIWAJIBKAN membuat permohonan kemasukan ke IPTA melalui Aplikasi Dalam Talian;

2.

Borang Permohonan


  • Hanya pemohon kategori A sahaja yang boleh mengemukakan set borang permohonan

Permohonan Kemasukan ke IPTA Program Pengajian Lepasan STPM/Setaraf melalui Aplikasi Dalam Talian dibuka kepada pemohon mulai 04 Februari 2008 jam 12.00 tengah hari dengan melayari laman web berikut :-

1. http://www.mohe.gov.my

2. Semua Laman Web Rasmi IPTA

o http://www.um.edu.my

o http://www.upm.edu.my

o http://www.utm.my

o http://www.iiu.edu.my

o http://www.uitm.edu.my

o http://www.udm.edu.my

o http://www.usim.edu.my

o http://www.uthm.edu.my

o http://www.kustem.edu.my

o http://www.kutkm.edu.my

o http://www.ump.edu.my

o http://www.unimap.edu.my

o http://www.upnm.edu.my

Berikut dimaklumkan perubahan nama enam (6) buah IPTA :-

NAMA LAMA

NAMA BARU

Kolej Universiti Teknologi Tun Hussein Onn Malaysia (KUiTTHO)

Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM)

Kolej Universiti Sains dan Teknologi Malaysia (KUSTEM)

Universiti Malaysia Terengganu (UMT)

Kolej Universiti Islam Malaysia (KUIM)

Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)

Kolej Universiti Teknikal Kebangsaan Malaysia (KUTKM)

Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeMM)

Kolej Universiti Kejuruteraan & Teknologi Malaysia (KUKTEM)

Universiti Malaysia Pahang (UMP)

Kolej Universiti Kejuruteraan Utara Malaysia (KUKUM)

Universiti

Malaysia

Perlis (UNIMAP)

Pemohon dikehendaki merujuk menu Panduan Aplikasi Dalam Talian yang terdapat di bahagian atas laman web bagi mengetahui prosedur permohonan bagi memastikan permohonan/kemas kini selamat diterima oleh sistem.

Pemohon dinasihatkan membuat permohonan awal sebaik sahaja iklan permohonan kemasukan ke IPTA disiarkan pada 04 Februari 2008. Selepas keputusan STPM 2007 diumumkan, pemohon boleh membuat pengemaskinian maklumat sebanyak TIGA (3) kali peluang sehingga tarikh tutup.

Ini bertujuan untuk mengelakkan sebarang kesesakan dan masalah yang timbul sekiranya pemohon ingin mengemukakan permohonan pada saat-saat akhir.

Pemohon dikehendaki merujuk menu Panduan Aplikasi Dalam Talian yang terdapat di bahagian atas laman web bagi mengetahui prosedur permohonan bagi memastikan permohonan/kemas kini selamat diterima oleh sistem.

Sekiranya pemohon berminat untuk mengikuti program pengajian yang ada temu duga di IPTA, anda perlu membuat pilihan program dari Pilihan 1 hingga 4 sahaja.

Pemohon dikehendaki mengemukakan Kad Pengenalan/ MyKad atau salinan Kad Pengenalan/ MyKad pemohon semasa membuat pembelian Nombor Unik ID. Sekiranya pemohon tidak mengemukakan dokumen di atas, berkemungkinan anda tidak boleh membeli Nombor Unik ID dan seterusnya membuat permohonan kemasukan ke IPTA.

Pemohon hanya dikehendaki membayar wang berjumlah RM 10.60 untuk membeli Nombor Unik ID di mana-mana kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN) seluruh

Malaysia

. BSN akan mengeluarkan slip resit yang mengandungi Nombor Unik ID pemohon. Pembelian Nombor Unik ID hendaklah dibuat atas Nama dan No. Kad Pengenalan pemohon.

Pemohon dikehendaki memasukkan Nombor Unik ID yang didapati dari kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN) untuk memasuki laman web permohonan Dalam Talian.

PERHATIAN : SILA RUJUK PANDUAN APLIKASI DALAM TALIAN UNTUK MENGETAHUI PROSEDUR/LANGKAH-LANGKAH PERMOHONAN.

Sebarang pertanyaan mengenai masalah permohonan Dalam Talian,Sila hubungi ke alamat berikut :-


Pengarah
Bahagian Pengurusan Kemasukan Pelajar
Jabatan Pengurusan IPT
Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia
Aras 1, Blok E9, Parcel E, Presint 1
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62505 Putrajaya

No. Tel : 03-88835801/02 Faks : 03-88894260

E-mail : upu@mohe.gov.my


MAKLUMAT AM
BAHAGIAN PENGURUSAN KEMASUKAN PELAJAR
JABATAN PENGURUSAN IPT
KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI

MALAYSIA


Institusi yang menawarkan program pengajian :

IPTA yang terlibat dalam penyelarasan permohonan ke Program Pengajian Lepasan STPM/Setaraf Sesi Akademik 2008/2009 adalah seperti berikut :-

  • Universiti Malaya (UM);
  • Universiti Putra

    Malaysia

    (UPM);
  • Universiti Teknologi

    Malaysia

    (UTM);
  • Universiti Islam Antarabangsa

    Malaysia

    (UIAM);
  • Universiti Teknologi MARA (UiTM);
  • Universiti Sains Islam

    Malaysia

    (USIM);
  • Universiti

    Malaysia

    Terengganu (UMT);
  • Universiti Tun Hussein Onn

    Malaysia

    (UTHM);
  • Universiti Teknikal

    Malaysia

    Melaka (UTeMM);
  • Universiti

    Malaysia

    Perlis (UNIMAP);
  • Universiti

    Malaysia

    Pahang (UMP);
  • Universiti Darul Iman Malaysia (UDM); dan
  • Universiti Pertahanan Nasional

    Malaysia

    (UPNM)

SYARAT-SYARAT PERMOHONAN

1. Syarat Am
Pemohon bagi Program Pengajian Lepasan STPM/Setaraf hendaklah memenuhi syarat-syarat berikut :

o Warganegara

Malaysia

o Memiliki kelayakan STPM/Setaraf dengan mendapat sekurang-kurangnya

lima



2. Syarat Khas
Pemohon hendaklah memenuhi syarat-syarat minimum bagi setiap program pengajian yang dipohon.

3. Program berikut adalah dikhaskan untuk Bumiputera sahaja:

o Semua program Asasi di UIAM;

o Semua program Asasi Sains di UM; dan

o Semua program pengajian di UiTM;

4. Program-program berikut terbuka kepada pemohon Bumiputera dan Bukan Bumiputera:

o Semua program pengajian Diploma di UPM, UTM, KUiTTHO, KUSTEM, KUTKM, KUKTEM, KUKUM dan UDM

o Semua Program Asasi Pengajian Islam di UM;

o Semua program Tamhidi di KUIM; dan

o Semua program Asasi di UPNM

Kriteria Pemilihan

Di antara kriteria yang dipertimbangkan dalam pemilihan seseorang pemohon ialah :

  • Pencapaian akademik dalam peperiksaan STPM/Setaraf;
  • Pencapaian dalam aktiviti kokurikulum;
  • Kombinasi mata pelajaran yang dimiliki bersesuaian dengan program dipohon;
  • Gred mata pelajaran untuk tujuan pengkhususan;
  • Lulus temu duga/ujian kelayakan yang ditetapkan oleh IPTA bagi program dipohon;
  • Program pengajian pilihan pemohon mengikut keutamaan; dan
  • Bilangan tempat yang disediakan oleh IPTA

TAKRIF BUMIPUTERA

Takrif Bumiputera yang diguna pakai bagi urusan pemprosesan dan pemilihan kemasukan ke IPTA adalah berdasarkan Perlembagaan Persekutuan. Takrif Bumiputera adalah seperti berikut :

  • Semenanjung

Jika salah seorang ibu atau bapa calon adalah seorang Melayu yang beragama Islam/Orang Asli seperti mana yang ditakrifkan dalam Perkara 160 (2) Perlembagaan Persekutuan ; maka anaknya adalah dianggap seorang Bumiputera.

  • Sabah

Jika bapa calon adalah seorang Melayu yang beragama Islam/Peribumi

Sabah

seperti mana yang ditakrifkan dalam Perkara 161A(6)(a) Perlembagaan Persekutuan; maka anaknya adalah dianggap seorang Bumiputera.

  • Sarawak

Jika bapa dan ibu calon adalah seorang Peribumi

Sarawak

seperti mana yang ditakrifkan dalam Perkara 161A (6)(b) Perlembagaan Persekutuan; maka anaknya adalah dianggap seorang Bumiputera.

PILIHAN PROGRAM PENGAJIAN

Bilangan Pilihan Program Pengajian Setiap pemohon dibenarkan membuat lapan (8) pilihan program pengajian dari mana-mana program pengajian yang disenaraikan oleh IPTA dalam laman web ini mengikut keutamaan pemohon.

Pilihan Bidang Pengajian
  • Pemohon daripada Aliran Sains yang tidak mendapat sebarang kepujian dalam mata pelajaran Fizik, Kimia dan Biologi dalam peperiksaan STPM/Setaraf dibenarkan memohon program dalam bidang Sastera.
  • Pemohon daripada Aliran Sains boleh memohon mana-mana program di Universiti Teknologi MARA (UiTM) dan Program Matrikulasi Undang-Undang di Universiti Islam Antarabangsa

    Malaysia

    (UIAM).

  • Program Pengajian Bertemu Duga
    • Pemohon yang memilih program pengajian bertemu duga di WAJIBKAN mengemukakan permohonan menggunakan kaedah Aplikasi Dalam Talian melalui Laman Web rasmi http://www.mohe.gov.my.
    • Pemohon dinasihatkan memilih program pengajian bertemu duga antara Pilihan 1 hingga 4 sahaja. Sila rujuk prosedur permohonan melalui Aplikasi Dalam Talian sebelum mengemukakan permohonan anda.

KAEDAH MENGEMUKAKAN PERMOHONAN

Pemohon dibenarkan membuat permohonan melalui salah satu daripada kaedah berikut :

  • Borang Permohonan

    Pemohon-pemohon hendaklah mengemukakan borang permohonan kemasukan ke BPKP JP IPT sama ada melalui Pos atau penyerahan terus di kaunter BPKP.
  • Permohonan Melalui Aplikasi Dalam Talian (On-Line Application)

    Semua Kategori Permohonan dibenarkan membuat permohonan melalui Aplikasi Dalam Talian. Alamat URL bagi permohonan tersebut ialah http://www.mohe.gov.my. Kaedah permohonan melalui Aplikasi Dalam Talian boleh dirujuk dalam e-Panduan à Aplikasi Dalam Talian.

CARA MEMBUAT BAYARAN WANG PROSES DAN PENGHANTARAN BORANG PERMOHONAN

  • Setiap permohonan dikenakan bayaran wang proses sebanyak RM10.00 untuk pembelian Unik ID. Wang proses ini hendaklah dibayar di mana-mana cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN). BSN akan mengenakan bayaran sebanyak RM0.60 sebagai kos perkhidmatan. Jumlah bayaran RM10.60.
  • Pemohon akan menerima dua salinan resit bayaran dari BSN seperti berikut :
    • SALINAN PEMOHON
      Salinan ini adalah untuk simpanan pemohon yang mengandungi maklumat No. Kad Pengenalan/MyKad, Unik ID dan Kategori Permohonan.

BILANGAN PERMOHONAN DIPROSES

Hanya satu (1) permohonan terkini sahaja yang akan diproses.

TARIKH TUTUP PERMOHONAN

(i) Kategori A
Permohonan Kategori A ialah sepuluh (10) hari bekerja selepas keputusan peperiksaan STPM 2007 diumumkan.

(ii) Kategori B, C dan D
Pemohon Kategori B, C dan D adalah melalui Aplikasi Dalam Talian ialah pada Mac 2008

PERMOHONAN YANG TIDAK DIPERTIMBANGKAN

Permohonan berikut tidak akan dipertimbangkan:
  • Tidak memenuhi syarat-syarat permohonan;
  • Pemalsuan dokumen atau maklumat;
  • Tidak lengkap; dan
  • Permohonan yang sampai lewat

PEMBATALAN TAWARAN

  • IPTA berhak membatalkan tawaran sekiranya didapati pemohon mengemukakan maklumat atau dokumen yang palsu semasa membuat permohonan/pendaftaran.
  • Pemohon yang berjaya dan ditawarkan tempat untuk mengikuti program ini tetapi tidak memberi jawapan penerimaan dalam tempoh yang ditetapkan dengan sendirinya tawaran tersebut dibatalkan.

SALURAN HEBAHAN MAKLUMAT
i. UPUinfoLINE - 600-83-7890
ii. TELE-UPU Celcom - 600-85-2200
iii. INTERNET -
http://www.mohe.gov.my
- http://www.jpt.uum.edu.my
- http://jpt.utm.my
iv. SMS - 32300

PERTANYAAN MENGENAI PERMOHONAN

Sebarang pertanyaan mengenai permohonan ke Program Pengajian Lepasan STPM/Setaraf Sesi Akademik 2008/2009 hendaklah dialamatkan kepada :

KETUA PENGARAH
JABATAN PENGURUSAN IPT
KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI MALAYSIA
ARAS 1, BLOK E9, PARCEL E, PRESINT 1
PUSAT PENTADBIRAN KERAJAAN PERSEKUTUAN
62505 PUTRAJAYA
(U.P.: PENGARAH BPKP)


Telefon : 03-8883 5801/5802
Hotline : 03-8883 5858
Faks : 03-8889 4260
E-mel : upu@mohe.gov.my

Pemohon juga boleh mendapatkan maklumat lanjut mengenai program pengajian dengan menghubungi IPTA melalui alamat dan nombor telefon yang disediakan dalam e-Panduan : Alamat IPTA/ Jabatan/ Agensi

UPUInfoline 600-83-7890

KE IPTA DENGAN SATU PANGGILAN


Perkhidmatan UPUinfoLINE merupakan satu kemudahan baru dari Telekom Malaysia Khusus untuk para pelajar yang baru menamatkan alam persekolahan dan bersedia meneruskan pendidikan ke IPTA tempatan. Kemudahan talian ini adalah dengan kerjasama Jabatan Pengurusan IPT, Kementerian Pengajian Tinggi

Malaysia

. Maklumat asas dan penting mengenai IPTA tempatan ini boleh diperolehi dengan hanya menekan butang telefon.

Hanya dail 600 - 83 - 7890
Talian ke Arah Pendidikan Tinggi

APAKAH KELEBIHAN UPUInfoline?
• Urusan mudah - lengkap dengan menu panduan bagi kemudahan permohonan.
• Boleh dihubungi di mana-mana di seluruh negara.
• Keselamatan kegunaan - hanya memasukkan nombor kad pengenalan/MyKad.

APAKAH MAKLUMAT YANG DIDAPATI?
UPUinfoLINE amat mudah, cepat dan tepat. Maklumat bagi setiap menu adalah mengikut program. Untuk mendapat maklumat yang tepat, pastikan pemohon membuat program yang betul. Antara maklumat yang boleh diperolehi ialah:

Menu 1 : Maklumat Am
• Syarat minimum
• Tarikh borang dijual
• Tarikh tutup permohonan
• Pusat jualan set borang permohonan

Menu 2 : Status Borang Permohonan
• Sama ada borang telah diterima atau belum

Menu 3 : Status Keputusan Permohonan
• Berjaya ke IPTA atau tidak

Menu 4 : Maklumat IPTA, IPTS, Penaja dan Jabatan
• Alamat

KEPENTINGAN BUTANG # - HATCH KEY
Butang ‘#’ bertindak sebagai pengesahan.

Contoh:
Menu 2 - Status Borang Permohonan, Menu 3 - Status Permohonan

Sila masukkan No. K.P.: A 1234567 dan tekan butang ‘#’. Jika tidak dimasukkan butang ‘#’ UPUInfoline tidak akan mengenali nombor yang telah dimasukkan.


BAGAIMANA MEMBUAT PANGGILAN? Dail 600 - 83 - 7890

Menu 1: Maklumat Am
Tekan 1 - Program Pengajian Sarjana Perubatan
Tekan 2 - Program Pengajian Lepasan SPM/Setaraf
Tekan 3 - Program Pengajian Lepasan SPTM/Setaraf

Antara maklumat sub-menu ialah cara mendapatkan borang, syarat kemasukan, tarikh jualan borang dan tarikh tutup permohonan.

Menu 2: Status Borang Permohonan
Masukkan No. K.P. pemohon dan tekan butang #.

Menu 3: Status Keputusan Permohonan
Pemohon akan dimaklumkan sama ada berjaya atau tidak serta jangkaan tarikh melaporkan diri di IPTA.
Masukkan No. Kad Pengenalan pemohon dan tekan butang #.
Walau bagaimanapun untuk maklumat lanjut hubungi IPTA yang berkenaan.
Alamat, Nombor Telefon dan Nombor Faks IPTA boleh didapati di Menu 4.

Menu 4: Maklumat IPTA, Penaja dan Jabatan
Catatan:
Menu ini memberi maklumat IPTA yang dipohon
13 sen setiap 10 saat pada waktu kadar penuh (7.00 pagi - 7.00 petang).
13 sen untuk setiap 20 saat pada waktu kadar murah (7.00 petang - 7.00 pagi).
Perkhidmatan ini disediakan dengan kerjasama Jabatan Pengurusan IPT, Kementerian Pengajian Tinggi

Malaysia

.

Untuk maklumat lanjut hubungi:

Ketua Pengarah
Jabatan pengurusan IPT
K ementerian Pengajian Tinggi

Malaysia


ARAS

1, Blok E9, Parcel E,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62505 putrajaya
(u.p.: Pengarah BPKP)


Tele-UPU – Celcom 600-85-2200

Tele-UPU Celcom merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Celcom bagi memudahkan pemohon Program Pengajian Lepasan SPM/Setaraf mengetahui tentang maklumat am, status borang permohonan dan status permohonan ke IPTA dengan cepat dan tepat. Pemohon cuma perlu mendail talian Tele-UPU, ikuti arahan dan segala maklumat akan diketahui serta-merta. Dengan Tele-UPU, pemohon boleh membuat panggilan dari mana sahaja diseluruh negara.

MAKLUMAT-MAKLUMAT YANG DISEDIAKAN OLEH TELE-UPU

1. Maklumat Am
Dalam menu ini, pemohon boleh mengetahui tempat mendapatkan borang, tarikh borang dijual, tarikh tutup permohonan serta syarat-syarat kelayakan minimum ke IPTA.

2. Status Borang Permohonan
Dalam menu ini, pemohon boleh mengetahui sama ada borang mereka telah diterima atau tidak.

3. Status Keputusan Permohonan
Pemohon boleh mengetahui sama ada mereka berjaya atau tidak untuk memasuki IPTA yang dipohon melalui menu ini.

4. Direktori IPTA
Menu ini memberi maklumat IPTA yang dipohon.

BAGAIMANA MEMBUAT PANGGILAN

Dail nombor Tele-UPU 600-85-2200, ikuti segala arahan dan tunggu sehingga maklumat pemohon diberikan. Untuk memudahkan pemohon, lihat carta Tele-UPU CELCOM.

Catatan: Bayaran panggilan adalah RM1.95 seminit dari 7.00 pagi hingga 7.00 petang dan RM1.04 seminit dari 7.00 petang hingga 7.00 pagi

Ketua Penolong Pendaftar Kanan
Seksyen Kemasukan, Rekod dan Pelaksanaan Dasar
Bahagian Akademik
Universiti

Malaya


50603 KUALA LUMPUR
(Tel : 03-79673279/3440/3441)
(Faks : 03-79673449)
e-mel : skr@um.edu.my
Laman Web : www.um.edu.my

Universiti Sains Islam Malaysia
71800 Bandar Baru Nilai
Negeri Sembilan
(Tel : 06-7988000/8325/328)
(Faks : 06-7988334)
e-mel : akademik@usim.edu.my
Laman Web : www.usim.edu.my


Pendaftar
Bahagian Akademik
Universiti Putra

Malaysia


43400 UPM Serdang
SELANGOR
(Tel : 03-89466000/6059/6060)
(Faks : 03-89426469)
e-mel : pengambilan@putra.upm.edu.my
Laman Web : www.akademik.upm.edu.my

Bahagian Pengurusan Akademik
Pejabat Pendaftar
Universiti Teknikal

Malaysia

Melaka
Karung Berkunci 1200
Ayer Keroh
75450 MELAKA
(Tel : 06-2332252/2237/3305/3308/
(Faks : 06-2333307)
e-mel : bpa@kutkm.edu.my
Laman Web : www.utem.edu.my


Pendaftar
Pejabat Pendaftar
(Bahagian Pengurusan Akademik)
Unit Kemasukan Dan Rekod
Universiti Teknologi

Malaysia


81310 UTM Skudai
JOHOR DARUL TAKZIM
(Tel : 07-5533333)
(Faks : 07-5581791)
e-mel : upa@utm.my
Laman Web : www.utm.my

Bahagian Pengurusan Akademik
Kompleks Perkhidmatan Siswa
Universiti

Malaysia

Pahang
Karung Berkunci 12
25000 Kuantan
Pahang Darul Makmur
(Tel : 09-549 2550/2557)
(Faks : 09-549 2555)
Laman Web : www.ump.edu.my


Dekan,
Pusat Asasi,
Universiti Islam Antarabangsa Malaysia,
Jalan Universiti,
46350 Petaling Jaya,
SELANGOR DARUL EHSAN.
Tel : 03-7955 3122/5322
Faks : 03-7954 0319/7957 1006
e-mel : anrmatrik.@iiu.edu.my
Laman Web : http://www.iiu.edu.my/matric

Jabatan Pendaftar
Bahagian Pengurusan Akademik
Unit Kemasukan dan Rekod Pelajar
Universiti Malaysia Perlis
Tingkat 1, Bangunan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP)
Jalan Bukit lagi
01000 Kangar, Perlis
(Tel: 04-979 8701/8702/8706/8008) (Talian Am)
(Faks: 04-979 8703)
Laman Web : www.unimap.edu.my


Ketua
Bahagian Pengambilan Pelajar
Pusat Inovasi
Universiti Teknologi MARA
40450 UiTM, Shah Alam
SELANGOR
(Tel : 03-55443164/3165/3166/3174/3175
(Faks : 03-55443170)
e-mel : bpp@salam.uitm.edu.my
Laman Web : http://istudent.uitm.edu.my/intake

Pendaftar
Bahagian Akademik
Universiti Darul Iman

Malaysia


Kampus KUSZA
Gong Badak
21300 Kuala Terengganu
Terengganu DARUL IMAN
(Tel : 09-6664466/4570)
(Faks : 09-6662566/4063)
Laman Web : www.udm.edu.my


BIL

PERKARA

TARIKH PENTING

1

Maklumat Am Mengenai Program Pengajian Lepasan STPM/Setaraf Sesi Akademik 2008/2009 melaluiUPUinfoLINE dan TELE-UPU CELCOM

Mulai Oktober 2007

2.

Program Pengajian diiklankan di akhbar tempatan

4 Februari 2008

3.

Permohonan Kategori A dihantar ke BahagianPengurusan Kemasukan Pelajar (BPKP JP IPT)

Dalam tempoh 10 hari bekerja

selepas keputusan

peperiksaan STPM 2007

diumumkan

4.

Tarikh tutup permohonan Kategori B, C dan D

4 Mac 2008

5.

Tarikh tutup permohonan Kategori A

10 hari bekerja selepas

keputusan STPM 2007

diumumkan

6.

Penghantaran kad akuan penerimaan permohonan

Awal April 2008

7.

Penyemakan status penerimaan permohonan melaluiUPUinfoLINE, TELE-UPU CELCOM dan SMS

Minggu ketiga April 2008

8.

Semakan status keputusan permohonan kemasukan ke IPTA

i.

UPUinfoLINE : 600-83-7890

ii.

TELE-UPU CELCOM : 600-85-2200

iii.

Internet :

  • http://www.mohe.gov.my

  • http://www.jpt.uum.edu.my

  • http://www.jpt.utm.my

iv.

SMS : 32300

Minggu ketiga Mei 2008

9.

Surat

tawaran dihantar kepada calon berjaya oleh IPTA

Minggu kedua Mei 2008

10.

Pendaftaran di IPTA

Minggu Pertama Julai 2008

11.

Rayuan

Dalam tempoh 10 hari

selepas keputusan ke IPTA

diumumkan

Google